Followers

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

awas lelaki, jagalah pandangan anda


sekadar renungan bersama =)

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah,  jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..


p/s : perkongsian untuk cemua dan peringatan untuk diri saya sendiri jugak =)



Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Monday, August 22, 2011

aku nak 5C plizz!!!

assalamualaikum rakan bloggers.


ekceli arini kondisi aku amat teruk!! soksek soksek soksek! i've got a runny nose + mild fever. fever kot sebab ase panas je badan. nak belajar pon tak selesa. letey amat!! tisu dah abes 3 kotak pack dahh mse dalam kelas tadi. skang ni musim deman selsema kot. lec aku pon tengah selsema gak. sebab skang ni panas pastu ditambah pulak dengan bulan puasa, so mesti anti body kite pon tak kuat sangat nak lawan penyakit. 




okay, teruskan masok topic perbualan kite pada arini iaitu tentang 5C!! haihhh, aku ni macam pelik je an. orang len berebut rebut nak dapatkan A. tapi aku nak C je! HAHA. meh nak celita satu kesah kat korang. lec aku yang cite pasal bende nihh. let me share here okay. ha cmnih, die cakap la. korang lau nak cari calon hubbie cari la yang 5C! pastu die pon teka la, kitorang tau tak ape kemende 5C tuhh??? kitorang pon dengan yakin menjawab. 




5C :-
Caring
Cute
#
#
#
#
#

 and bla bla bla bla.....


pastuh lec kitorang cakap sume jawapan kitorang tu salah. die pon cakap la cute nak buat ape! bukan boleh makan pon. HAHA. kitorang dah gelak dah mse tuhh. then die pon bagitau jawapan sebenar ape maksud 5C td tuh. korang nak tau tak?? meh meh tengok. nanti boleh cari ciri ciri hubbie yang ade 5C ni ea. 

5C????
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#

tadaaa!!!

C- cash
C-condo
C-credit card
C-career
C-car

hehe. amacam?? berminat tak nak cari hubbie yang ade 5C ni???  ha, mesti ade yang dah pasang angan angan nak cari hubbie yang 5C ni kan. hehe. bagi aku semestinye la duet tu teramat sangat penting. takde duet, laki bini pon leh gado kan. so, kite mesti cari yang seimbang la. yang berkemampuan. yang baek HATI. terjaga imannye. penyanyang. and yang paling penting die dapat terima kite seadanya. tu pon da cukup kan. de duet banyak banyak tapi tak bahagia buat pe gak. okay la, sampai cni je untuk petang ni. aku nak sambung rehat sebab badan ase severe lethargic. eceh, nak gune medical term la pulak an. HEHE.

i am crazy about all those girl stuffs!!
i do love money!
i do love shopping.


BUT



yeahhh. im defenitely NOT MATERIALISTIC!!





Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Thursday, May 19, 2011

ciri-ciri lelaki yang aku reject

assalamualaikum readers =))

orite, hari ni aku rse nak share ngan korang semua pasal ciri-ciri lelaki yang boleh direject mentah2!! dari malam tadi ag kot, aku ase macam nak update pasal nih. smpi tido pon ase tak lena je.haha. ok,tipu. lena je aku tido, tapi tula. memang ase nak sangat update pasal entry nih. okay okay, meh meh nengok ciri2 laki yg aku reject!


u make me suffer n ruined my life,
so, pliz go to hell =)


lets begin, okeh. ciri2 lelaki yang pertama yang aku ase boleh di reject ialah :-

1. lelaki yang bermulut manis bak madu
haa, yang nih aku ase korang memang perlu jaga2 n berhati2 ngan lelaki jenis mlot manis nih. aku memang menyampah kot kat laki jenis ni. yela, bila bercakap makk aihhh. bukan maen ag an. ni contoh2 ayat yang agak manis la:-

--->bila tengok muka awk, kte ase da tenang da. 
--->selama ni kte tak pernah pon nak wat sesuatu yang boleh merosakkan hubungan kita.

hakk tuihhh. tengok ayat die, bukan maen ag an. padahal hakikatnye tuh cume memang taktik die je. he doesn't mean it at all. jangan mudah percaya kat lelaki mcm ni owkeh. 


2. penipu
okeh, ini kategori lelaki yang paling aku benci kot. yess, the most hating!! aku paling anti n tak suka lau orang tipu aku. ag2 die tipu n mempermainkan perasaan aku. bila dengan kita die cakap......

...awk jangan risau ea. kte xde terpk pon nak cari pmpoan laen ke ape.

padahal hakikatnye, die memang da ade gf da pon. wtf la kan laki2 macam nih. hey, who do u think u are??? kau ingat kau lelaki kau boley tipu aku sesuka ati? ingat la wei, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak! kau tipu banyak2, at last terkantoi gak kan. bila da kantoi mula la nak lepas tangan n nak letakkan segala kesalahan die kat kte. aku harap2 sangat laki jenis macam ni kene tipu balek ngan gf die tuh. then, baru la die tau mcm mane rasa kene tipu. best ke x?? 


3. lelaki terlebih ego
okeh, aku memang tahu most of lelaki memang de sifat ego. tapi, agak2 la bhai. nak ego pon ego jugak. tapi jangan pk soal ego kita je. ego pasangan kita cane lak?? bila bergado je ade la yang nak merajuk segala bagai kan. yang tak boleh blah nye, bergado sebab salah die. tup2 die yang merajuk. n kita plak yang kene pujuk die. padahal tu salah die! ok, memang aku benci lelaki ego tahap gaban macam nih. seriusly, menyampah sangat. ko ingat ko bagos sangat nak suruh orang je asyik mengalah kat ko?? blah la kan.


4. yang suka take advantage
haa, ni satu ag ciri2 lelaki yang memang aku fuck gler ah. sebagai contoh, die kapel ngan kita just tok melupakan ex die je. or die just kapel ngan kita sbb nak have fun je. wahhh, hebat gler kan?? pe kau pk pasangan kau tu mcm barbie doll ke? xde perasaan? kau ingat kau je eyh yang tau rse saket? yela, ble kau clash tau pon rse sakit. susah nak lupakan ex kau kan. so, at this kind of situasion, sme jela. korang clash, korang rse sakit. then cane lak perasaan pasangan korang yang korang just nak have fun ngan die. sedangkan die btol2 sayangkan korang?? mestila rse sakit wei. n cuba pk ble adik2 korang kena take advantage oleh mane2 lelaki, pe korang rse? bengang tak??? mesti la kan. orang bodoh je yang xtaw rse marah ble dah kene macam ni. 


5. PLAYboy
lau korang playboy, kasi tahu awal2 la. senang skit. aku pon ley jadi playgirl gak. then, kte tengok who's can play better?? hahhaa. hebat tak weyh ayat aku?? layak jadi playgirl tak lau aku cakap cmnih?? hehe. takde2! aku taknak la jd play2 segala. aku nak jadi diri aku je. tapi  kan. tapi i want to be the girl who can make the PLAYER quits his game! lols. =))


6. lelaki pisau cukur
biase kte dengar pmpoan yang pisau cukur kan. tapi skang ni lelaki pisau cukur pon xkurang hebatnye. sticks to the girl sbb nak kikis duit je. ape kau ingat mak bapak pmpoan tu kasi duit wat tanggung hidup kau?? to the girl outside there pliz beware dengan lelaki mcm ni owkeh? lelaki cmnih memang xley dibuat suami pon. kot2 ble kawen kte yang kene tanggung die. n lelaki macam ni mesti jenis yang pemalas tok keje. 



okeh. done. tu je kot yang terlintas kat kepala aku skang nih. ase da lega skit bila dah wat entry ni. hehe. malam ni leh tido dengan lenanya. yeay!!! happy readings kawan2. owh tak lupa jugak untuk semua insan yang bergelar adam, im rely sori lau entry ni leh wat kaum2 adam sume sakit or trase ati. lau anda bukan jenis macam ni, chill saje. xyah ambk ati dengan kata2 sy k =)




p/s : buat lelaki yg de ciri2 kat atas tuh. pliz stay away from me. bcoz i absolutely doesn't need u in my lyfe. thank you :)


Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Wednesday, January 5, 2011

tanak mencarut lagi dah!

hi, salam bloggers!
sori dah lama xmengupdate blog i nih...
sungguh, saya sangat bz skang ni. (bz duk nengok cter korea)
haha! tu je bnde yg paling best untuk untuk dilayan pada minggu
1st masuk tahun 3 ni. ngeh ngeh ngeh...
sebbnye minggu ni kelas tak start ag! hooreyy! melompat! haha
(ble nak ade kelas ni, dah bosan la duk sesje je kat bilik) ok! aku sangat hipokrit dictu! hahaha. haih. hape nak jadi ngan aku ni kan. awal2 ag dah xsemngat...

okey2. mukadimah tak perlu panjang lebar owkeh...
teruskan kepada tajuk kat atas tuhh. aku xnak mencarut lagi dah!!
hehe. serius wei, sejak aku datang kolej ni mulot aku mcm jahanam je. haha
tula, aku bukan nak salahkan kawan2. tapi, diri aku sendiri senarnye...
mudah sangat terpengaruh. siyesss aku benci orang yg mencarut!
aku benci ble perkataan tu TERkeluar dari mulut aku! 
even xsngaje sebut, tapi tula, still tak manis, tak sopan, n tak cool!!!
aku pon akan cube avoid perkataan mcm bodoh, bengong, binatang dlm hutan semua tuhh.
insyaAllah aku akan berusaha untuk avoid semua tu. wuhuhu


Sabda Rasullah S.A.W bersabda : barang siapa yg mengamalkan 7 kalimat ini,
ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya
walaupun sebanyak buih di lautan.


untuk avoid semua perkataan yang TAK elok tu,
so, mari kita sama-sama amalkan 7 kalimah Allah ni :)



1. mengucap BISMILLAH pada tiap2 hendak melakukan sesuatu.

2. mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselit perkataan yg tidak patut @ mengatakan sesuatu yg buruk

4. mengucap INSYA-ALLAH jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

5. mengucap "LA HAULAWALA KUWATILLA BILLAH" jika tidak dapat melakukan sesuatu yang berat @ melihat sesuatu yang buruk.

6. mengucap "INNALILLAH HIWAINNA ILA HIROJIUN" jika menghadapi dan menerima musibah @ melihat kematian.

7. mengucap "LA ILA HA ILLA ALLAH MUHAMAD RASULULLAH" sepanjang malam sebanyak-banyaknya.

* jika anda ditimpa bencana @ malapetaka ucapkanlah "hasbunallah  wa ni'mal wakil" *

jum semua kita amalkan selalu kalimat2 nih.
semoga lidah dan ucapan kita terpelihara dari perkataan 
yg buruk2 tu.. :) insyaAllah.

with love,
cik tehah.



Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Saturday, December 4, 2010

attention. attention. sengat penting. sila baca!

Apa yang penting nihh? mcm gempak2 jer.. oo yeahh.
mang gempak pon.. haaa, korang-korang semua berkawan dengan ORANG JAHAT tak?? hishh. mcm serun jer kan.. kawan yg jahat tu cane ek??
*pembunuh ke?
*perogol ke? or
*pencuri ke?

haihh! tak tak! kalau kita da taw kawan kita jahat mcm kat atas tuhh sahsah kita takkan kawan ngan diorang kan3??
eishhh, sape yg nk b'kawan ngan pembunuh..? nnti kita pon jd mangsa pembunuhan jugak... tanak. tanak! heee.
maksud saya kawan yg jahat kat cni ialah teman kita yg menghalangi dan memalingkan kita semua dari hidayah. nauzubillah.

salah seorang ulama berkata : "Teman itu ada 3 :-
teman seperti UDARA
teman seperti UBAT
teman seperti PENYAKIT

teman seperti UDARA adalah teman yg sangat diperlukan, seperti kita yg sangat memerlukan udara untuk bernafas. jika tak ada udara kita pasti akan mati. dialah teman yg mendekatkan serta menjadikan kita senang berzikir kpd Allah. so, kita tak boleh menjauhinya. kunjungi dan pergauli dia dengan baik. tanyakan kepada dia mengenai banyak perkara. dan jangan lupa CINTAI dan DOAKAN dia. :)

teman yg seperti UBAT adalah teman yg membawa manfaat.
kita hanya memerlukannya pada waktu-waktu tertentu sahaja. seperti tukang roti yg hanya kita perlukan ketika nak makan roti pada pagi hari. (sorry ye tukang roti) xberniat nk mengutuk anda disini. hee :) jadi, tak benar kalau sejak pagi hingga petang kita terus-menerus bergaul dengannya sambil berkata : "aku mencintaimu keran Allah! dan aku sangat memerlukanmu" teman seperti ini kita hanya perlukan pada waktu kepentingan sahaja tanpa ingin berlama2 dengannya.

teman seperti PENYAKIT pulak adalah teman yg dapat menjangkitimu. dialah virus dan dialah yg mendekatkanmu ke dalam api neraka dan membawamu ke dalam kehinaan dunia dan akhirat. kita berlindung kepada Allah dari perkara ini. kita semestinya menjauhi teman sebegini seperti kita sedang berusaha lari dengan lajunya ketika dikejar singa. hehhee.. mcm tak betol je peribahasa tuhh. haha. tak kira maw letak jugak.. ngeh ngeh ngeh!

Ja'far ash-Shadiq berkata kepada anaknya :-
"wahai anakku, janganlah engkau berteman dengan 3 orang"

pertama :: orang yg derhaka kpd ibubapa, sbb dia telah
dilaknat oleh Allah.
ke dua :: orang jahat, sbb kejahatannya akan
menular ke dalam dirimu.
ke tiga :: pembohong, sbb kebohongan dapat 
mendekatkan segala yg jauh, dan
menjauhkan segala yg dekat.

Imam Syafi'i-rahimullah berkata :-
aku mencintai orang-orang soleh
sekalipun aku bukan sebahagian dari mereka
aku berharap mendapatkan syafaat dari mereka
aku benci melakukan maksiat
sekalipun aku juga pernah melakukanya

***********************************************************

oleh kerana itulah kita berlindung kepada Allah dari teman yang buruk, yang tidak dapat membantu untuk mengingati Allah. yang tidak menginginkan kebaikkan. dan yang tidak menempuh jalan-jalan yg lurus. kita boleh bergaul dengan mereka tapi asalkan kita tahu bahawa kita dapat mempengaruhi dan menunjukkan mereka pada kebaikkan. InsyaAllah. peringatan untuk teman2 dan diri saya sendiri jugak...


p/s: credit to masitah fariha... saya sangat rindukan anda.
uwaaa. uwaaa. nk jumpe. nk jumpe!!

petikan ini dipetik dari buku :: PESANAN UNTUK ORANG BERDOSA. dan telah diubahsuai oleh tuan punya blog. heheh. 









Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Saturday, November 27, 2010

ohh indahnye..

::Ya Allah, Aku Mahu Berubah::


ya Allah..
syukur di atas nikmat pancaindera-mu..
dengan penglihatan…
aku dapat melihat segala kekuasaan-mu…
mengagumi segala kebesaran-mu


namun..
dengannya jualah…
aku melakukan kemungkaran pada-mu..
menjerumuskan diriku ke lembah dosa..
melihat pada yang tak sepatutnya...
membuatkan diri ini alpa saat hidayah-mu tiba..

seketika ku tersedar…
mungkin belum terlambat…
untukku pahatkan dalam diri…
bahawa… aku mahu berubah…!!!

ya Allah…
jika dulu aku angkuh di bumi-mu…
alhamdulillah…
hidayah-mu mematahkan keangkuhanku..
membangunkan sifat malu…
yang selama ini tersorok dalam diri..

ku tundukkan pandanganku…
yang selama ini meliar...
ku timbulkan kekeliruan..
pada teman-teman..
ku tempis segala teguran sinis..
ku tekadkan dalam kalbuku...
bahawa… aku mahu berubah…!!!

ya Allah…
jika dulu aku lalai dalam
menunaikan hak-mu...
terleka dengan duniawi…
terkadang ku abaikan ukhrawi…

subhanallah…
sesungguhnya kekuasaan-mu yang paling agung...
kau sedarkanku di saat aku hanyut… masih tak terlambat…
untuk suatu perubahan…

ku akur pada kekuasaan-mu…
lantas…
ku tekad dalam hatiku…
aku mahu berubah…!!!

ya Allah…
ku pohon hidayah-mu…
ku pohon pada-mu supaya 
aku terus istiqomah dalam mencari redha-Mu 
duhai  sahabat-sahabat serta teman-teman…

bantulah daku… bimbinglah daku…
dalam mencari… cinta yang paling agung..
cinta yang esa…
sesungguhnya…


aku mahu berubah…!!!






Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Wednesday, November 24, 2010

adakah kamoo B.A.H.A.G.I.A....????

apa itu bahagia?


Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:

Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati.  (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:

” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.

“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)

Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.


2. Banyak mengingati Allah .

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)


3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)


4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)


6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)



7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. 
Firman Allah:

“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)


ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang??
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selain berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
SO, marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti. Kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama... :)

Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)