Followers

Tuesday, April 5, 2011

best wooo leh main2 ngan MAYAT!

assalamualaikum bloggers.



phew, tengok tang tajuk mcm berlagak je aku nih.
leh plak cakap best main2 ngan mayat! lols
memang agak mengerikan kot bagi aku yg bleh dipanggil si penakut nih. haha.
yes, si penakut telah bermain2 ngan mayat wat kali pertamanya! 
yeay! satu pencapaian yg bagus bagi tahun ini nmpaknya.
bila masuk dalam bilik forensik, ku lihat sekujur badan dihadapan ku.
badan itu sungguh kaku dan pucat.
aku memberanikan diri mendekati sekujur badan tersebut.
ku pegang tangan si mayat itu. sejuk! itulah yang dapat kurasakan.




tanpa berlengahkan masa lagi, bedah siasat pon bermula.
ku lihat sebilah pisau yang sangat tajam menjelajahi dada si mayat.
sangat mengerukan. tak sanggup! itulah yang bermain di fikiran ku.
tidak sanggup aku melihat torehan yang telah dibuat pada dada si mayat sehingga ke bawah pusat. setelah dadanya ditoreh, ianya dirobek sehingga terbelah dua. ku dapat lihat dengan jelas lapisan2 lemak di bawah permukaan kulit si mayat. sungguh, aku terkedu!
 ku lihat tulang rusuknya dirobek lagi! ditarik dengan kuatnya malah ianya telah dipotong dengan gergaji untuk memudahkan proses pemotongan tulang tersebut. KEJAM!! itulah yang bermain dibenak fikiran ku. aku tahu si mayat pasti dapat merasai kesakitan sepertimana aku juga merasa sakit apabila melihatnya. apabila sebahagian tulang rusuk telah dikeluarkan, aku mula dapat melihat organ2 dalaman didalam badan si mayat!
SUBHANALLAH, sempurnanya kejadian tuhan. organ pertama yang telah dikeluarkan ialah, JANTUNG! jantung adalah organ terpenting untuk menyiasat sebab2 kematian. dan itulah pertama kalinya juga aku melihat jantung kita yg sebenar dengan mata kasar. JAKUN! itulah yang aku rasakan pd saat itu.

picture is taken from google.


can't u see? my heart is beating for u!!
lols, ttbe keluar ayt jiwng disini. ngeee ;)



perasaan takot sedikit2 demi sedikit telah pon hilang. hilang bersama darah2 yang banyak mengalir keluar dari dada si mayat tersebut. satu persatu organ2 dalaman dikeluarkan. aku tekun memerhati. ku lihat paru2 nya! HITAM! itu tandanya si mayat adalah perokok yang tegar! paru2 tidak lagi nampak indah seperti pada awal mula ciptaan-NYA. ianya telah rosak akibat diri sendiri yang tidak reti menghargai betapa besar anugerah dan nikmat tuhan. ya, ini adalah peringatan buat diriku sendiri.
sudah pasti aku akan lebih menghargai diri sendiri lebih dari yang lain.
dan seterusnya organ2 yang dikeluarkan ialah hati (liver). yang aku nmpak hati adalah organ yang paling besar kot berbanding ngn yg lain. semakin lama, bau hanyir dari badan si mayat semakin kuat dapat ku hidu. arghhh. aku tidak petah untuk bertahan dengan bau tersebut. namun ku gagahi jua sehingga post mortem itu selesai.

lebih kurang mcm ni la organ2 dalaman yang aku lihat tuh.
nampak tak?? yang paling besar tu ialah hati.


jagalah hati kita.
jangan biarkan ia dikotori.
jangan biarkan org lain menyakitinya.
namun, pada saat ini, sumpah hati aku terasa sangat sakit!
kalau makan pain killer setiap hari leh ubati tak HATI YANG TELAH KAU SAKITI ini??
dammit.. it's already broke inside!



setelah semua organ disiasat, sebab kematian telah pon dijumpai.
si mati telah mengalami heart attack. dan itu adalah punca utama kematiannya. setelah itu, badan si mayat haruslah dicantum semula seperti sediakala. sesi menjahit sedang dilakukan aku tidak ketinggalan untuk turut serta menjahit badan si mayat itu. namun hampa. aku tidak kuat! jarum yang ditusuk terasa begitu ketat untuk menembusi kulit si mayat! lols.
then, kawan ku yang lain juga turut mencuba. tetapi gagal. hanya saida sorang jer yg berjaya menjahit dan mencantum semula kulit si mayat itu.
well done sayang! u re awesome. at least, aku dah cuba pegang jarum n tusuk ke badan si mayat tuh. tu pon aku dah rasa mcm berbangga! wahahaha.

sekian saja.

p/s: sila tunggu entry saya berkaitan hati yang telah kau sakiti.









Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

No comments:

Post a Comment