Followers

Wednesday, September 7, 2011

it was a BAD DAY

assalamualaikum bloggers!

hye cemua, serase macam dah lame aku tak mengupdate belog nih kan. tula, ble duk kat kolej ni aku memang malas ciket nak maen bende alah ni. kadang tu seharian aku tak on9 pon! lately ase macam banyak sangat dugaan yang mendatang. Ohh MY LORD, plz gimme a strength. korang nak tau pasal bad day tuh?? meh nak cter.

2 days ago kan, aku n the rumates kuar ag. hajat di hati nak ke kuala besut je! tapi, at last tukar plan. pastu kitorang pergi ke pasir puteh. lau korang tak kenal tempat tuh, gugel je k. hehe. ekceli g sane sbb aku nak tuka tiket yang aku da beli arituh. pastu ktorang nak beli makan tok bukak pose gak! takde niat laen pon, nak bersuka ria ke, nak enjoy ke ape. bajet nak kuar 2 jam je. tapi, sebaliknye yang berlaku. bajet nak saving, tapi terLEBEY BAJET pulak!! huwaaaaa.

tula, malang tidak berbau kan. ktorang terlibat dengan small excident yang tak dijangkakan. ohmaiii, mase tu ase macam, ehhh aku mimpi ke ape ni?? ase macam tengah naek kete langgar kat fun fair tuhh. rupe rupenye memang betol kete kene langgar!! tapi, alhamdulillah sangat, sebab ktorang takde pape pon. takde cedera, takde luka. syukur la kan.

ekceli kejadian ni berlaku sbb mase tu, kawan aku yg tgh drive ni nak cari kedai nak beli makan tok bkk pose kan. pastu, die nak masok la stu simpang ni tau. aku da dengar die tanye, ehh boleh masok tak simpang ni eh?? ktorang cakap r, asenye boleh. mse tu kete tengah slow la, sbb berkira2 tok masok simpang kan. tapi unfortunately kawan aku ni, tak nampak ade kete datang dr depan. kete tu pulak mang dah dekat. pe ag, berlanggar la jawabnye! kete tu memang tengah laju. naseb baek sesame kte kancil, lau tak parah jugak kete yg ktorang sewa tuhh.

kete yang langgar kitorang tu pon dak pompoan gak yg bawak. sume girls. budak UITM. ehem, budak u.  yer, budak uitm je pon. mentang mentang budak u nak berlagak la pulak kan! haih, aku ni jenis malas nak cari pasal. aku tau la aku blaja kat kolej je. wpon blaja kat kolej je ktorang berempat ni budak tajaan! perlu ke bgtau sume tuhh?? nampak nak berlagak sangat! orang klate cakap, "memey agah la". kebetulan mase b'langgar tu kete abg polis ade kat belakang, ktorang pon g settle kat balai polis la kan. ha, tau la ktorang yang salah, tapi diorang ni dan2 je buat cter die cakap kawan aku ni bawak laju! aku tau la derr dowang sume lawa2. yer, memang muke lawa2 pon sume. tapi, aku memang tak sangke ah harapkan muke je lawa, tapi xde budi bhse wat pe weyhh. macam soit je muke dowang mase tuhh. aihhh, sabo jela. pas bincang2 geng2 lelaki dowang sampai. aiseh. ktorang mcm da gugup da mase tuh. engat nak cari pasal ke ape. tapi, geng laki dowang elok2 je bckap ngn kami. cakap baek2, xde nak wat muke siot tu sume.

pastu, ktorang pon call classmate lelaki ktorang jugak! sbb ktorang bukan tau sangat pon pasal kete ni. ni first time aku excident! nak harapkan nak settle kan sesame dak pompuan smpi subuh esok pon asenye tak habes2 ag. pas classmate ktorang smpi, bincang elok2 la ngan geng lelaki dak uitm tuh. pas bincang dowang ekot dak uitm tu balek Machang sbb nak settlekan kete dowang. kete dowang ciket je kenanye. kete kami ag terok kot. tapi nak wat cane, tuan pnye kete mintak rm300. ohh melayang duet gua bai. duet oh duet!
nanti luse nak pegi t'ganu ag. t pasni bersedia la aku tok ekat pewot! HAHA. pas settlekan kete dowang, g settlekan pasal kete ktorang pulak. pakcik tu mntak rm250. jd totalnye rm550. kongsi la 4 orang. aduyaiii, kecian ktorang kan. habess melayang duet raye aku!!! sedeynye! huhu. nak wat cane, takde rezeki la tu kan. redho jela.




tuje citenye. so, moral of the story, lau muke kte ni lawa, cantek, tak payah nak berlagak sangat keyh. sbb sume tu hanyelah pinjaman dari-NYA semate mate. bila2 jer DIA boleh tarik nikmat tersebut! lau muke lawa, tapi hati tak lawa, takdenye orang nak respect kite! ingat la, idop  kite ni xsalunye sanang. lau dah perangai mcm tu, lau die dapat susah t, tergolek kat tepi jalan ke, ape ke, aku akan pk 10 kali dulu nak tolong ke tak! maaf di atas budi bicara yang agak kasar! ni sekadar luahan aty gua. sekian, bui buii =)
Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Sunday, September 4, 2011

kelaparan!!

assalamualaikum bloggers.

hye cemua. cemalam kan, kat kolej gua ni satu kedai pon tak bukak!! ohhhmaiiii. geramnye ase. naseb baek gua n the rumates ade bawak bekal kueh raye dari umah. so, setakat nak alas perot tu boleh la kan. pas balek kelas, kitorang pon berpakat nak makan kat luar.

bajet nak g pasar malam kat kuala besut je. tapi alang alang dah terlebih isi minyak kereta, kitorang pon terus g jerteh! HAHA. saje je nak menghabeskan duet yang ade seciput tuhh! btolak dari kolej kul 6 ptg. kul 10.30 malam baru kitorang balek.

kebetulan pergi jerteh, aku pon terus g beli tiket bas untuk ke kuala t'ganu hari khamis ni. insyaAllah. semoga segala perancangan kami diberkati olehNYA. amenn. tak saba sangat nak jumpe bestie bestie gua tuh nanti.

aku yg macam mak orang! HAHA.
biar la, de aku kesah??



sempat ag snap pic sblom g makan. hihi. comel kan bunge bunge tuh!!
ni dekat area bandar jerteh. ase macam dah lame kot aku tak g jerteh ni.
tak tau pon de kewujudan bunge bunge ni cemua. hehe.
ekceli, entry ni nak tunjukkan bunge yang tomeyy ni je! HAHA
sekian saje, bui bui =)


Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)

Saturday, September 3, 2011

awas lelaki, jagalah pandangan anda


sekadar renungan bersama =)

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.


Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.


Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.


Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.


Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah,  jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga..


p/s : perkongsian untuk cemua dan peringatan untuk diri saya sendiri jugak =)



Thank you for reading this entry :)) iloveyousomuch ♥ =)