sekadar renungan bersama =)
Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin
pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah
telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait
dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula
dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa,
semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak
dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat
seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh
seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang
lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya
ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila
rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah
melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata
lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu
berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk
ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk
pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak
kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah
sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk
kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak
lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau
memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik
secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk
kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka
wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya
dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna
kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung
menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin
meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan
menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu
mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang
menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai
pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah
untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia
mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan
anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri
masing2, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah
sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup
aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan
jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup
aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat
wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau
berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling
sukar untuk dijaga..
p/s : perkongsian untuk cemua dan peringatan untuk diri saya
sendiri jugak =)
No comments:
Post a Comment